Kehidupan awal Tengku_Anis_Binti_Tengku_Abdul_Hamid

Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid diputerikan pada 6 Januari 1949 di kediaman nenda baginda di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan dari sebelah bonda dan juga Pattani dari sebelah ayahanda. Merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Tengku Abdul Hamid Bin Almarhum Tengku Muda dan Almarhumah Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah. Nenda baginda iaitu Tengku Mohd Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan yang lebih dikenali dengan gelaran Tengku Sri Maharaja. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil Persekolahan Malaysia. Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang dibawa ke kediaman baginda.

Berkaitan